11
10
Baca dan patuhi arahan berserta peringatan dalam manual ini dengan teliti sebelum menggunakan
peralatan:
1. Periksa spesifikasi bekalan kuasa seperti yang dinyatakan sebelum penggunaan.
2. Produk ini hanya untuk kegunaan di dalam rumah sahaja. Bukan kegunaan komersial atau industri.
3. Pastikan produk ditempatkan atas permukaan rata, kering dan tahan-panas semasa menggunakannya.
4. Jangan biarkan kabel kuasa bersentuhan pada bahagian panas peralatan atau permukaan panas yang
lain.
5. Penggunaan wayar penyambung kuasa dengan peralatan ini tidak digalakkan.
6. Untuk matikan peralatan dari bekalan elektrik, cabut plug dari soket dinding. Jangan tarik pada
wayar.
7. Jangan gunakan produk jika kabel kuasa, plug atau produk telah rosak, jatuh dan tidak berfungsi.
8. Jika kod kuasa telah rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servis atau orang yang berkelayakan
untuk mengelakkan sebarang bahaya.
9. Jangan baiki atau leraikan peralatan. Sila hantar peralatan kepada pusat servis Khind, wakil servis
atau juruteknik yang berkelayakan. Jangan letakkan produk ini berhampiran periuk panas atau gas
panas atau pembakar elektrik.
10. Jangan gunakan peralatan di bawah almari dinding, rak atau objek yang tergantung atau berhampiran
dengan bahan mudah terbakar seperti tirai, langsir atau hiasan dinding.
11. Jangan gunakan peralatan ini sekiranya terdapat bahan-bahan mudah meletup dan/atau mudah
terbakar seperti petrol atau minyak tanah.
12. Jangan gunakan aksesori atau alatan tambahan lain pada produk yang tidak digalakkan oleh
pengilang.
13. Jangan tinggalkan peralatan beroperasi tanpa pengawasan.
14. Peralatan ini bukan untuk digunakan oleh orang kurang upaya (termasuk kanak-kanak) fizikal, deria
atau kemampuan mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka dikawalselia
atau mendapat tunjuk ajar yang sewajarnya berkaitan penggunaan peralatan ini oleh orang yang
bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka.
Kanak-kanak perlu dikawalselia bagi memastikan mereka tidak bermain dengan peralatan ini.
15. Peralatan ini tidak beroperasi menggunakan jangkamasa luaran atau sistem alat kawalan yang
berasingan.
16. Jangan gunakan peralatan ini dalam persekitaran lembab atau suhu yang tinggi.
17. Permukaan plat pemanas bergantung kepada sisa haba selepas penggunaan. Jangan sentuh
permukaan dan bahagian panas peralatan semasa atau sebaik sahaja selepas penggunaan. Ia sangat
panas!
18. Jangan tutup lubang aliran wap peralatan semasa menggunakannya.
19. Jauhkan muka dan tangan anda dari wap apabila membuka penutup semasa atau selepas memasak,
untuk mengelakkan dari melecur. Wap panas yang keluar dari lubang aliran boleh melecurkan muka
dan tangan anda.
20. Jangan alihkan makanan menggunakan tangan sehingga peralatan menyejuk, untuk mengelakkan dari
melecur. Sentiasa gunakan sarung tangan atau penyepit kerana suhu wap, makanan atau sup yang
tinggi.
Maklumat Langkah-langkah Keselamatan
Maklumat-maklumat Keselamatan dan Amaran
Содержание SE1800
Страница 6: ...1 2 3 4 5 6 7 8 9 Khind 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 6...
Страница 7: ...7 1 2 3 4 5 6 7 50ml 5 10 8 9 1 2 3 4 5 6 7 11 11...
Страница 9: ...9 b c 8 9 a b c d e a b c d e f g h...
Страница 12: ...www khind com my...
Страница 16: ......