• Ikut semua arahan pengecasan dan jangan cas pek
bateri atau alat di luar julat suhu yang dinyatakan
dalam arahan. Pengecasan yang tidak betul atau
pada suhu di luar julat yang ditentukan mungkin
akan merosakkan bateri dan meningkatkan risiko
kebakaran.
Servis
• Pastikan alat berkuasa anda diservis oleh orang
yang berkelayakan menggunakan alat ganti sama
sahaja. Ini akan memastikan keselamatan alat
berkuasa akan terjamin.
• Jangan servis pek bateri yang rosak. Tindakan
menservis pek bateri hendaklah hanya dilakukan
oleh pengeluar atau pembekal servis yang
diluluskan.
Arahan keselamatan untuk pemangkas
tanaman pagar
• Jauhkan semua anggota badan anda dari bilah.
Jangan keluarkan bahan potong atau memegang
bahan yang hendak dipotong semasa bilah sedang
bergerak. Bilah akan terus bergerak selepas suis
dimatikan. Sesaat leka semasa menggunakan
pemangkas tanaman pagar mungkin menyebabkan
kecederaan diri yang serius.
• Bawa pemangkas tanaman pagar menggunakan
pemegang dengan bilah telah berhenti bergerak
dan berhati-hati agar tidak mengendalikan sebarang
suis kuasa. Membawa pemangkas tanaman
pagar dengan betul akan mengurangkan risiko
menghidupkan pemangkas secara tidak sengaja
dan boleh menyebabkan kecederaan peribadi
disebabkan bilah.
• Apabila mengangkut atau menyimpan pemangkas
tanaman pagar, sentiasa muatkan penutup bar
panduan. Pengendalian pemangkas tanaman pagar
yang betul akan mengurangkan risiko kecederaan
diri daripada bilah.
• Apabila mengosongkan bahan yang tersekat
atau menservis unit, pastikan semua suis kuasa
dimatikan dan kord kuasa tidak disambungkan.
Penggerakan luar jangkaan pemangkas tanaman
pagar semasa membersihkan bahan yang tersekat
atau penservisan boleh menyebabkan kecederaan
diri yang serius.
• Pegang pemangkas tanaman pagar pada
permukaan pemegang berinsulasi sahaja, kerana
bilah mungkin bersentuhan dengan wayar
tersembunyi atau kordnya. Bilah yang terkena wayar
"hidup" boleh "menghidupkan" bahagian logam
pemangkas tanaman pagar yang terdedah dan
memberikan renjatan elektrik kepada pengendali.
• Jauhkan semua kord kuasa dan kabel dari kawasan
pemotongan. Kord kuasa atau kabel tersembunyi
dalam tanaman pagar atau pokok renek dan boleh
dipotong secara tidak sengaja oleh bilah.
• Jangan gunakan pemangkas tanaman pagar dalam
keadaan cuaca yang buruk, terutamanya apabila
terdapat risiko kilat. Ini mengurangkan risiko dipanah
kilat.
• Untuk mengurangkan risiko renjatan, jangan sekali-
kali menggunakan pemangkas tanaman pagar yang
boleh dipanjangkan berdekatan mana-mana saluran
kuasa elektrik. Sentuhan dengan atau penggunaan
berdekatan talian elektrik boleh menyebabkan
kecederaan serius atau renjatan elektrik yang
menyebabkan kematian.
• Sentiasa gunakan kedua-dua tangan semasa
mengendalikan pemangkas tanaman pagar yang
dipanjangkan. Pegang pemangkas tanaman pagar
yang boleh dipanjangkan dengan kedua-dua tangan
untuk mengelakkan kehilangan kawalan.
• Sentiasa gunakan perlindungan kepala semasa
mengendalikan pemangkas tanaman pagar yang
boleh dipanjangkan apabila digunakan pada jarak
di atas kepala. Puing yang terjatuh boleh
mengakibatkan kecederaan diri yang serius.
Arahan keselamatan umum
AMARAN:
Baca arahan amaran berikut
sebelum anda menggunakan produk ini.
• Sentiasa keluarkan bateri untuk mengelakkan
produk dihidupkan secara tidak sengaja.
• Produk ini ialah alat yang berbahaya jika anda
tidak berhati-hati atau jika anda menggunakan
produk dengan betul. Produk ini boleh menyebabkan
kecederaan serius atau kematian kepada pengendali
dan orang lain.
• Jangan gunakan produk jika ia berubah daripada
spesifikasi awal. Jangan ubah bahagian produk
tanpa kelulusan daripada pengeluar. Hanya
gunakan bahagian yang diluluskan oleh pengeluar.
Kecederaan atau kematian mungkin berlaku akibat
penyelenggaraan yang salah.
• Lakukan pemeriksaan produk sebelum penggunaan.
Peranti keselamatan pada produk pada
halaman 317
322
. Jangan gunakan produk yang rosak. Lakukan
pemeriksaan keselamatan, penyelenggaraan dan
arahan servis yang diterangkan dalam manual ini.
• Kanak-kanak seharusnya diawasi agar mereka
tidak bermain dengan produk. Jangan benarkan
kanak-kanak atau orang lain yang tidak dilatih
dalam penggunaan produk dan/atau bateri untuk
menggunakan atau menservis produk. Undang-
undang tempatan mungkin menetapkan umur
pengguna.
• Simpan produk dalam kawasan yang dikunci untuk
menghalang akses untuk kanak-kanak atau orang
yang tidak diluluskan.
• Simpan produk di tempat yang jauh dari jangkauan
kanak-kanak.
• Reka bentuk produk tidak boleh diubah suai
sama sekali tanpa keizinan pengilang. Sentiasa
gunakan aksesori asli. Pengubahsuaian dan/atau
314
1553 - 007 - 01.07.2022
Содержание 120iTK4-H
Страница 56: ...Baterie BLi10 Hmotnost kg 0 7 56 1553 007 01 07 2022 ...
Страница 149: ...Aku BLi10 Nimipinge V 36 Kaal kg 0 7 1553 007 01 07 2022 149 ...
Страница 272: ...배터리 BLi10 중량 kg 0 7 272 1553 007 01 07 2022 ...
Страница 290: ...Akumuliatoriniai BLi10 Svoris kg 0 7 290 1553 007 01 07 2022 ...
Страница 559: ...1553 007 01 07 2022 559 ...