![Bosch 40815356 Скачать руководство пользователя страница 30](http://html.mh-extra.com/html/bosch/40815356/40815356_user-manual_48567030.webp)
ms
Peti beku
30
Membeli makanan yang beku
■
Pastikan pembalut tidak rosak.
■
Tidak melebihi tarikh luput.
■
Suhu dalam peti beku kedai mesti ?18 °C atau lebih
sejuk.
■
Makanan yang beku boleh dibawa di dalam beg yang
mempunyai penebat dan disimpan dalam peti beku
dengan cepat.
Ambil perhatian semasa menyusun.
■
Bekukan banyak makanan pada rak paling atas.
Makanan di rak itu akan membeku paling cepat dan
landai.
■
Letakkan makanan pada rak atau di dalam bekas peti
beku.
■
Pastikan makanan yang akan dibekukan tidak
menyentuh makanan yang beku.
Susun semula makanan di dalam bekas peti beku jika
perlu.
■
Peredaran udara yang baik dalam mesin penting:
Masukkan bekas peti beku sehingga ke hujung.
Pembekuan makanan segar
Makanan yang segar dan baik sahaja boleh digunakan
untuk pembekuan.
Makanan yang direbus, digoreng atau dibakar lebih
sesuai untuk dibekukan berbanding dengan makanan
yang belum dimasak.
Lakukan proses penyediaan untuk makanan sebelum
makanan dibekukan untuk mengekalkan nilai
pemakanan, bau dan warna.
■
Sayur: cuci, potong, celur
■
Buah-buahan: cuci, keluarkan biji dan juga kupas jika
mahu. Letakkan gula atau larutan asid askorbik jika
mahu.
Arahan berkaitan boleh diperolehi dalam buku yang
berkaitan.
Sesuai untuk pembekuan
■
Makanan yang dibakar
■
Ikan dan makanan laut
■
Daging
■
Haiwan liar dan ayam itik
■
Sayur, buah-buahan dan herba
■
Telur tanpa kulit
■
Hasil tenusu seperti keju, mentega dan dadih.
■
Makanan siap sedia dan baki makanan seperti sup,
stu, daging masak, ikan masak, lauk ubi, kaserol dan
lauk manis
Tidak sesuai untuk dibekukan
■
Jenis sayuran yang boleh dimakan secara mentah
seperti daun salad atau lobak
■
Telur yang kulitnya belum dikupas atau telur yang
sudah direbus
■
Anggur
■
Epal, buah pear dan pic yang belum dipotong
■
Yogurt, susu masam, krim masam, creme fraiche dan
mayones
Membalut makanan beku
Penggunaan pembalut dan pilihan bahan yang betul
memastikan pengekalan kualiti produk dan mencegah
bakaran peti beku.
1.
Letakkan makanan ke dalam pembalut.
2.
Tekan angin keluar.
3.
Balut secara kedap udara supaya makanan tidak
hilang rasa atau kering.
4.
Pembalut dengan label untuk kandungan dan tarikh
luput.
Pembalut yang sesuai:
■
Salutan plastik:
■
Salutan berbentuk tiub daripada polietena (PE)
■
Salutan aluminium
■
Bekas plastik
Penutup yang sesuai:
■
Gelang getah
■
Klip plastik
■
Pita pelekat tahan sejuk
Pembalut yang tidak sesuai:
■
Kertas balut
■
Kertas minyak
■
Selofan
■
Beg plastik untuk sampah dan beg plastik yang telah
digunakan
Tarikh luput untuk makanan beku pada suhu –18 °C
Nyahfros makanan beku
Cara nyahfros bergantung kepada makanan dan
kegunaan untuk mengekalkan kualiti makanan dengan
sebaik mungkin.
Cara nyahfros:
■
Letak dalam peti sejuk (sesuai untuk makanan seperti
ikan, daging, keju, dadih)
■
Pada suhu bilik (roti)
■
Ketuhar gelombang mikro (Makanan untuk makan
terus atau penyediaan terus)
■
Ketuhar/dapur (Makanan untuk makan terus atau
penyediaan terus)
Perhatian!
Jangan bekukan semula makanan yang sudah
dinyahfros. Makanan boleh dibekukan semula selepas
makanan disediakan (dimasak atau dibakar).
Jangan ikut tempoh simpan makanan maksimum
sepenuhnya.
Ikan, sosej, makanan
segera, makanan bakar:
Sehingga 6
bulan
Ayam itik, daging:
Sehingga 8
bulan
Sayur, buah-buahan:
Sehingga 12
bulan