![Bosch 40815356 Скачать руководство пользователя страница 29](http://html.mh-extra.com/html/bosch/40815356/40815356_user-manual_48567029.webp)
Peti sejuk ms
29
Menentukan suhu.
Suhu yang disarankan
Peti sejuk
■
Alat kawalan suhu dalam peti sejuk mengawal masa
operasi pemampat di dalam sistem penyejukan.
■
Jika setingcolddipilih, peti sejuk dan peti beku akan
menjadi lebih sejuk.
■
Peti beku akan menjadi kurang sejuk, jika alat kawalan
suhu peti sejuk dilaraskan ke eco.
■
Untuk sejukkan peti beku dengan cepat, laraskan alat
kawalan suhu peti sejuk ke cold.
Peti beku
■
Kawal jumlah saluran udara sejuk di dalam peti beku.
■
Jika peti beku tidak cukup sejuk, walaupun alat
kawalan suhu peti beku diMAX.: Laraskan alat
kawalan suhu peti sejuk kecold.
■
Dengan seting alat kawalan peti beku di MAX., saluran
udara sejuk yang rendah ke dalam peti sejuk akan
menyebabkan peti sejuk kurang sejuk.
Suhu persekitaran melebihi 35°C
Alat kawalan suhu peti beku dilaraskan ke MIN. dan alat
kawalan suhu peti sejuk dilaraskan ke cold. Ini adalah
wajib supaya udara sejuk yang mencukupi akan
disalurkan kepada peti beku.
Suhu persekitaran kurang daripada 10°C
Laras alat kawalan suhu peti ke MAX.. Kerana pemampat
tidak berjalan dengan kerap pada suhu persekitaran yang
rendah, lebih banyak udara sejuk harus disalurkan ke
dalam peti beku.
Jika makanan di dalam peti sejuk mula beku: Laraskan
alat kawalan suhu ke araheco.
U
Peti sejuk
Peti sejuk
Peti sejuk sesuai untuk menyimpan daging, sosej, ikan,
hasil tenusu, telur, makanan sedia dan makanan yang
dibakar.
Anda boleh simpan makanan yang cepat rosak untuk
tempoh yang singkat atau sederhana melalui storan
sejuk. Semakin rendah suhu yang dipilih, semakin lama
diperlukan untuk kemerosatan enzim dan kimia melalui
mikroorganisma. Suhu +4 °C atau lebih rendah menjamin
kesegaran dan keselamatan yang optimum untuk
makanan yang disimpan.
Beri perhatian semasa penyimpanan.
■
Simpan makanan yang segar dan dalam keadaan
baik.
Kesegaran dan kualiti kekal lebih lama.
■
Jangan melebihi tarikh luput yang diberi oleh
pengilang untuk makanan sedia dan bahan makanan
yang dibotolkan.
■
Untuk mengekalkan bau, warna dan kesegaran, balut
makanan dengan baik atau tutupkannya.
Anda boleh mengelakkan pindahan rasa dan bahagian
plastik menjadi kotor.
■
Biarkan makanan dan minuman panas sejuk dahulu,
selepas itu letakkannya di dalam peti sejuk.
W
Peti beku
Peti beku
Peti beku adalah sesuai untuk:
■
Menyimpan makanan yang beku
■
Menghasilkan kiub ais
■
Pembekuan makanan
Anda boleh simpan makanan yang cepat rosak untuk
tempoh yang panjang tanpa kehilangan kualiti yang jelas
melalui storan beku kerana suhu yang rendah
memperlahankan atau menghentikan kemerosotan.
Rupa, bau dan semua kandungan yang bernilai kekal
sebaik mungkin.
Penyimpanan tempoh panjang untuk makanan harus –18
°C atau lebih rendah.
Jangka masa antara penyimpanan makanan yang segar
dan keadaan yang beku sepenuhnya bergantung kepada
faktor yang berikut:
■
Suhu yang ditetapkan
■
Jenis makanan
■
Isi peti beku
■
Jumlah dan jenis penyimpanan
Gunakan ruang peti beku sepenuhnya
Untuk meletakkan jumlah makanan beku dengan
maksimum:
■
Keluarkan semua bahagian kelengkapan.
■
Letak makanan di atas rak dan di lantai peti beku.
Ruang sejuk:
+4 °C
Ruang beku:
–18 °C