15
MY
x
Penyelesaian masalah
Jika anda mengalami sebarang masalah semasa menonton TV, anda boleh
menggunakan fungsi “Factory Settings” (rujuk halaman 14) atau baca panduan
penyelesaian masalah berikut. Jika masalah masih lagi berterusan, hubungi
pengedar Sony anda.
Gambar berkabut, bunyi bising
• Periksa aturan antena dan sambungan lain.
• Aturkan saluran semula secara manual (rujuk halaman 13).
• Aturkan “Signal Booster” kepada “Auto” (rujuk halaman 13) atau cuba gunakan “booster” luaran.
Gambar terherot, bunyi bising
• Aturkan “Signal Booster” kepada “Off” (rujuk halaman 13), atau tutup atau cabutkan
sebarang sambungan “booster” luaran yang sedang digunakan.
Gambar jelas, bunyi bising
• Pilih sistem TV (“TV System”) yang betul (rujuk halaman 13).
Tiada gambar, tiada bunyi
• Periksa sambungan wayar kuasa TV, aturan antena dan sambungan lain.
• Tekan
?/1
(kuasa) untuk memasangkan TV anda.
• Tekan
1
(kuasa utama) pada TV untuk menutup TV selama kira-kira lima saat, kemudian
pasangkannya semula.
Gambar jelas, tiada bunyi
• Tekan
2
+ untuk meningkatkan paras suara atau tekan
untuk memulihkan bunyi.
Garis putus atau jalur
• Jangan gunakan pengering rambut atau kelengkapan lain berhampiran dengan TV.
• Periksa aturan antena.
Imej kembar atau berbayang
• Gunakan fungsi talaan terperinci (“Fine”) (rujuk halaman 13).
• Periksa aturan antena atau gunakan antena berarah yang berkualiti tinggi.
• Tutup atau cabutkan sebarang sambungan “booster” luaran yang sedang digunakan.
Tiada warna
• Laraskan paras “Color” dalam “Picture Adjustment” (rujuk halaman 10).
• Pilih sistem warna (“Color System”) yang betul (rujuk halaman 14).
• Periksa aturan antena.
Gambar senget
• Jauhkan pembesar suara luaran atau kelengkapan elektrik lain daripada TV anda.
• Laraskan “Picture Rotation” (rujuk halaman 14).
Tompok warna yang luar biasa
• Jauhkan pembesar suara luaran atau kelengkapan elektrik lain daripada TV anda. Jangan
pindahkan TV anda semasa TV anda sedang dipasangkan. Tekan
1
(kuasa utama) pada TV
untuk menutup TV selama kira-kira 15 minit, kemudian pasangkannya semula untuk
menyahmagnetkan TV anda.
Penunjuk
1
(“standby”) pada TV anda berkelip-kelip dengan cahaya merah setiap tiga saat.
• Kira bilangan kelipan penunjuk
1
(“standby”). Tekan
1
pada TV untuk menutup TV,
cabutkan sambungan wayar kuasa TV dan beritahu pengedar anda atau pusat servis Sony
tentang keadaan kelipan penunjuk (jangka masa dan selang masa).
Skrin TV kadang kala menjadi gelap untuk masa yang agak lama daripada biasa semasa pertukaran saluran.
• “Signal Booster” sedang berfungsi untuk mengesan isyarat yang lemah. Ini tidak
menandakan TV anda mempunyai masalah.
Kabinet TV mengeluarkan bunyi berkerik-kerik.
• Perubahan suhu bilik kadang kala menyebabkan kabinet TV anda mengembang atau
mengecut dan mengeluarkan bunyi. Ini tidak menandakan TV anda mempunyai masalah.
Bunyi “boom” kedengaran apabila TV dipasang.
• TV anda sedang menjalankan penyahmagnetan. Ini tidak menandakan TV anda
mempunyai masalah.