14
7. Selepas pengukusan selesai, berhati-hati apabila buka penutup pengukus supaya bahagian badan tidak
bersentuhan dengan wap panas, dan sila ingat wap air dari penutup pengukus masih panas.
8. Selepas penggunaan, tanggalkan plug bekalan kuasa dan tunggu sehingga menyejuk sebelum alihkan.
Peringatan:
a) Semasa penggunaan, jangan sentuh plat pengukus dan penutup periuk untuk mengelakkan
melecur.
b) Apabila alihkan penutup pengukus dan makanan, sila guna sarung tangan untuk memgelakkan
wap panas dari melecur.
c) Sila berhati-hati membuka penutup pengukus untuk biarkan wap keluar secara perlahan, dan air
pekat pada bahagian penutup mengalir ke dalam pengukus.
d) Semasa mengukus makanan, jangan sentuh peralatan dengan tangan kosong. Jika ingin menggaul
atau periksa proses masakkan, sila gunakan pemegang alatan dapur yang panjang.
e) Apabila mengalihkan dulang titisan, berhati-hati dengan titisan air bersuhu-tinggi dari pengukus
untuk mengelakkan melecur.
Tip:
a) Tempoh masa yang ditunjukkan dalam jadual adalah sebagai rujukan sahaja. Tempoh masa untuk
mengukus berbeza mengikut pilihan tersendiri, ketebalan makanan, kedudukan makanan dalam
pengukus dan kesegaran makanan. Tetapkan masa mengukus dengan memusingkan tombol.
b) Dengan menggunakan satu lapisan pengukus untuk mengukus makanan, lebih cepat berbanding
berlapis-lapis pengukus;
c) Masa mengukus boleh dijimatkan jika memotong makanan dalam bentuk yang kecil. Makanan
bersaiz kecil perlu dikukus pada bahagian atas pengukus.
d) Semasa mengukus daging dan sayuran bersama, letakkan daging pada bahagian bawah pengukus
dan sayuran pada bahagian atas pengukus untuk mengelakkan jus daging yang telah dimasak
mengalir jatuh pada sayura;
e) Apabila mengalihkan makanan, sila tinggalkan ruang untuk wap mengalir.
f) Jangan gunakan garam, serbuk perasa, dan sebagainya ke dalam tangki air dan dulang titisan,
kerana boleh menyebabkan timbunan sisa pada permukaan elemen pemanas dan merosakkan
komponen.
g) Daging beku atau makanan laut perlu dicairkan terlebih dahulu.
h) Semasa mengukus makanan yang memerlukan tempoh masa mengukus yang berbeza, sila letakkan
makanan di bahagian bawah pengukus pada tempoh masa paling lama. Apabila tinggal sedikit
masa lagi, berhati-hati membuka penutup, letakkan penahan dan bahagian bawah pengukus, dan
tutup semula penutup untuk terus memasak.
Cara Penggunaan