MS
UNTUK MENGURANGKAN RISIKO RENJATAN ELEKTRIK,
KEBAKARAN DAN KECEDERAAN DIRI ATAU KEROSAKAN
HARTA BENDA, PERANTI INI PERLU DIGUNAKAN MENGIKUT
AMARAN, PERINGATAN DAN ARAHAN KESELAMATAN BERIKUT.
ARAHAN KESELAMATAN
PENTING - ARAHAN ASAL
Baca semua arahan sebelum menggunakan Hypervolt Go 2.
BAHAYA
Untuk mengurangkan risiko renjatan elektrik:
• Sentiasa cabut plag peranti ini daripada salur keluar kuasa elektrik dengan
segera selepas menggunakan dan sebelum membersihkan peranti.
• Jangan ambil peranti yang terjatuh dalam air. Cabut plag serta-merta.
• Jangan gunakan peranti semasa mandi atau di bawah pancuran air.
• Jangan letakkan atau simpan peranti di tempat yang boleh menyebabkan
item tersebut terjatuh atau tertarik ke dalam tab mandi atau singki.
Jangan letakkan atau jatuhkan peranti ke dalam air atau cecair lain.
AMARAN
Untuk mengurangkan risiko melecur, kebakaran, renjatan elektrik atau
kecederaan:
• Peranti tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan semasa peranti
disambungkan kepada salur keluar kuasa. Cabut plag peranti ini daripada
salur keluar kuasa apabila tidak digunakan dan sebelum memasang atau
menanggalkan bahagian pada peranti.
• Jangan kendalikan peranti di bawah selimut atau bantal. Pemanasan yang
melampau boleh berlaku dan menyebabkan kebakaran, renjatan elektrik
atau kecederaan.
• Peranti ini boleh digunakan oleh kanak-kanak yang berumur 8 tahun ke
atas dan orang yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan jika mereka diawasi atau
diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini secara selamat dan
memahami bahaya yang mungkin berlaku.
• Gunakan peranti ini hanya untuk tujuan yang diterangkan dalam manual
ini. Jangan gunakan alat tambahan yang tidak disyorkan oleh pengilang.
• Jangan sekali-kali kendalikan peranti ini jika kord atau plag peranti
rosak, jika peranti tidak berfungsi dengan betul, jika peranti terjatuh atau
rosak atau jika peranti basah. Kembalikan peranti ke pusat servis untuk
pemeriksaan dan pembaikan.
• Jangan bawa peranti ini dengan memegang pada kord bekalan atau
menggunakan kord sebagai pemegang.
• Jauhkan kord dari permukaan yang panas.
• Jangan sekali-kali kendalikan peranti dengan bukaan udara yang
terhalang. Pastikan bukaan udara bebas daripada lin, rambut atau
sebarang bahan yang boleh mengganggu aliran udara.
Summary of Contents for Hypervolt Go 2
Page 22: ...BG Hypervolt Go 2 8...
Page 24: ...Hypervolt Go 2 100 C Hypervolt Go 2 Hypervolt Go 2 1 3 DC 18V 2 OFF...
Page 34: ...EL Hypervolt Go 2 8...
Page 36: ...Hypervolt Go 2 100 C Hypervolt Go 2 LED Hypervolt Go 2 1 3 18V LED LED LED LED 2 OFF...
Page 79: ...KO Hypervolt Go 2 8...
Page 83: ...RU Hypervolt Go 2 8...
Page 85: ...Hypervolt Go 2 100 C Hypervolt Go 2 Hypervolt Go 2 1 3 18 Hypervolt Go 2...
Page 91: ...Hypervolt Go 2 8 ZH TW...
Page 94: ...Hyperice Inc a b c Hyperice d e f Hyperice Inc Hyperice Hyperice Hyperice Inc...
Page 95: ......