• Pastikan peralatan bantuan kecemasan mudah
dicapai.
Peranti keselamatan pada produk
AMARAN:
Baca arahan amaran berikut
sebelum anda menggunakan produk ini.
Bahagian ini menerangkan kelengkapan keselamatan
produk, tujuannya dan cara pemeriksaan dan
penyelenggaraan perlu dijalankan untuk memastikan
pengendalian yang betul. Lihat arahan di bawah tajuk
Gambaran keseluruhan produk pada halaman 310
untuk
melihat lokasi bahagian ini pada produk anda.
Jangka hayat produk boleh berkurangan dan risiko
kemalangan boleh meningkat jika penyelenggaraan
produk tidak dijalankan dengan betul dan jika servis
dan/atau pembaikan tidak dijalankan secara profesional.
Jika anda memerlukan maklumat selanjutnya, sila
hubungi pengedar servis terdekat anda.
AMARAN:
Jangan sekali-kali
gunakan produk dengan komponen
keselamatan yang rosak. Kelengkapan
keselamatan produk mestilah diperiksa dan
diselenggarakan seperti yang diterangkan
dalam bahagian ini. Jika produk anda gagal
dalam sebarang pemeriksaan ini, hubungi
ejen servis anda untuk membaikinya.
AWAS:
Semua kerja servis dan
pembaikan mesin memerlukan latihan
khas. Perkara ini khususnya penting
bagi kelengkapan keselamatan mesin.
Jika mesin anda gagal dalam sebarang
pemeriksaan yang dinyatakan di bawah,
anda perlu menghubungi wakil servis anda.
Apabila anda membeli mana-mana produk
kami, kami akan menjamin ketersediaan
pembaikan dan servis yang profesional. Jika
peniaga yang menjual mesin kepada anda
bukan pembekal servis, sila minta peniaga
memberi anda alamat bengkel servis yang
terdekat.
Untuk memeriksa pad kekunci
1. Tekan dan tahan butang mula/henti (A).
A
B
C
a) Produk dihidupkan apabila LED dihidupkan.
b) Produk dimatikan apabila LED dimatikan.
2. Rujuk
Untuk memulakan fungsi SavE pada halaman
322
untuk fungsi butang SavE (B).
3. Lihat
Pencarisilapan pada halaman 323
sama ada
penunjuk amaran (C) dihidupkan atau berkelip.
Untuk melakukan pemeriksaan terhadap penyekat picu
kuasa
Penyekat picu kuasa menghalang pengendalian
yang tidak disengajakan. Apabila anda melepaskan
pemegang, picu kuasa dan penyekat picu kuasa akan
bergerak kembali ke kedudukan asalnya.
1. Pastikan picu kuasa dikunci apabila penyekat
berada dalam kedudukan asal.
1553 - 007 - 01.07.2022
317
Summary of Contents for 120iTK4-H
Page 56: ...Baterie BLi10 Hmotnost kg 0 7 56 1553 007 01 07 2022 ...
Page 149: ...Aku BLi10 Nimipinge V 36 Kaal kg 0 7 1553 007 01 07 2022 149 ...
Page 272: ...배터리 BLi10 중량 kg 0 7 272 1553 007 01 07 2022 ...
Page 290: ...Akumuliatoriniai BLi10 Svoris kg 0 7 290 1553 007 01 07 2022 ...
Page 559: ...1553 007 01 07 2022 559 ...