Arahan keselamatan bagi peralatan
memotong
AMARAN: Baca arahan amaran berikut
sebelum anda menggunakan produk ini.
• Hanya gunakan gabungan bar panduan/rantai
gergaji dan peralatan isian yang kami syorkan. Rujuk
untuk arahan.
• Gunakan sarung tangan pelindung semasa anda
menggunakan atau membuat penyelenggaraan
pada rantai gergaji. Rantai gergaji yang tidak
bergerak juga boleh mengakibatkan kecederaan.
• Pastikan gigi pemotong diasah dengan betul. Patuhi
arahan dan gunakan tolok kikir yang disyorkan.
Rantai gergaji yang rosak atau tidak diasah dengan
betul meningkatkan risiko kemalangan.
(Rajah 30)
• Kekalkan tetapan tolok kedalaman yang betul.
Patuhi arahan dan gunakan tetapan tolok kedalaman
yang disyorkan. Tetapan tolok kedalaman yang
terlalu besar meningkatkan risiko lantunan.
(Rajah 31)
• Pastikan rantai gergaji mempunyai ketegangan yang
betul. Jika rantai gergaji tidak ketat pada bar
panduan, rantai gergaji boleh rantai boleh tergelincir.
Ketegangan rantai yang tidak betul akan
meningkatkan kelusuhan pada bar panduan, rantai
gergaji dan gegancu pemacu. Rujuk
melaraskan ketegangan rantai gergaji pada halaman
204
.
(Rajah 32)
• Jalankan penyelenggaraan pada peralatan
memotong dengan kerap dan pastikan peralatan itu
dilincirkan dengan betul. Jika rantai gergaji tidak
dilincirkan dengan betul, risiko kelusuhan pada bar
panduan, rantai gergaji dan gegancu pemacu rantai
akan meningkat.
(Rajah 33)
Pemasangan
Pengenalan
AMARAN: Baca dan fahami bab
keselamatan sebelum anda memasang
produk.
Untuk memasang bar panduan dan
rantai gergaji
1. Gerakkan pelindung tangan hadapan ke arah
belakang untuk melepaskan brek rantai.
2. Tanggalkan nat bar dan penutup cekam. (Rajah 34)
Nota: Jika penutup cekam sukar ditanggalkan,
ketatkan nat bar, pasangkan brek rantai dan
lepaskan. Bunyi klik dapat didengar jika ia
dilepaskan dengan betul.
3. Pasang bar panduan pada bolt bar. Gerakkan bar
panduan ke kedudukannya yang paling belakang.
4. Pasang rantai gergaji dengan betul di sekeliling
gegancu pemacu dan letakkannya dalam alur pada
bar panduan.
AMARAN: Sentiasa gunakan sarung
tangan pelindung setiap kali anda
memasang rantai gergaji.
5. Pastikan pinggir mata memotong menghadap ke
hadapan pada pinggir atas bar panduan. (Rajah 35)
6. Jajarkan lubang di dalam bar panduan dengan
pelaras rantai dengan pin pelaras rantai dan pasang
penutup cekam.
7. Ketatkan nat bar dengan jari.
8. Ketatkan rantai gergaji. Rujuk
ketegangan rantai gergaji pada halaman 204
untuk
arahan.
9. Ketatkan nat bar.
Pengendalian
Pengenalan
AMARAN: Baca dan fahami bab
keselamatan sebelum anda menggunakan
produk.
Untuk melakukan pemeriksaan fungsi
sebelum anda menggunakan produk
1. Pastikan bahawa brek rantai berfungsi dengan betul
dan tidak rosak.
2. Pastikan pelindung tangan kanan tidak rosak.
3. Pastikan penyekat pendikit berfungsi dengan betul
dan tidak rosak.
192
930 - 003 - 06.03.2019
Summary of Contents for 120
Page 5: ...72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 C A B 94 95 96 97 ...
Page 7: ...128 129 130 B C D A E 131 ...
Page 51: ...H37 4 0 mm 5 32 pulg 505 24 37 01 0 65 mm 0 025 in 30 80 930 003 06 03 2019 51 ...
Page 71: ...H37 4 0 મીમી 5 32 ઇંચ 505 24 37 01 0 65 મીમી 0 025 ઇંચ 30 80 930 003 06 03 2019 71 ...
Page 93: ...H37 4 0 लममी 5 32 इंच 505 24 37 01 0 65 लममी 0 025 इंच 30 80 930 003 06 03 2019 93 ...
Page 185: ...H37 4 0 कममी 5 32 इंच 505 24 37 01 0 65 कममी 0 025 इंच 30 80 930 003 06 03 2019 185 ...
Page 327: ...930 003 06 03 2019 327 ...