112
4.10.2 Sistem
Halaman
System (Sistem)
membolehkan anda mengkonfigurasikan
tetapan penghala anda.
Untuk menyediakan tetapan Sistem:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab
Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan)
>
Administration (Pentadbiran)
>
System
(Sistem)
.
2. Anda boleh mengkonfigurasi tetapan berikut:
•
Ubah kata laluan log masuk penghala
: Anda boleh menukar
kata laluan dan nama log masuk penghala wayarles dengan
memasukkan nama dan kata laluan baru.
•
Zon Masa
: Pilih zon masa rangkaian anda.
•
Pelayan NTP
: Penghala wayarles boleh mengakses pelayan NTP
(Protokol Masa Rangkaian) untuk menyegerakkan masa.
•
Dayakan Telnet
: Klik
Yes (Ya)
untuk mendayakan
perkhidmatan Telnet pada rangkaian. Klik
No (Tidak)
untuk
menyahdayakan Telnet.
•
Kaedah Pengesahan
: Anda boleh memilih HTTP, HTTPS, atau
kedua-dua protokol untuk menjamin akses penghala.
•
Dayakan Akses Web daripada WAN
: Pilih
Yes (Ya)
untuk
membolehkan peranti di luar rangkaian untuk mengakses
tetapan GUI penghala wayarles. Pilih
No (Tidak)
untuk
menghalang akses.
•
Hanya benarkan IP tertentu
: Klik
Yes (Ya)
jika anda ingin
menentukan alamat IP peranti yang dibenarkan mengakses
tetapan GUI penghala wayarles daripada WAN.
•
Senarai Klien
: Masukkan alamat IP WAN peranti perangkaian
dibenarkan untuk mengakses tetapan penghala wayarles.
Senarai ini akan digunakan jika anda mengklik
Yes (Ya)
dalam
item
Only allow specific IP (Hanya benarkan IP tertentu)
.
•
Mod AiMesh
: Penyediaan ini memerlukan sekurang-
kurangnya dua penghala ASUS yang menyokong AiMesh.
Dayakan nod AiMesh dan log masuk UI web penghala AiMesh
untuk mencari nod AiMesh tersedia yang berdekatan untuk
menyertai sistem AiMesh anda. Sistem AiMesh menyediakan
liputan seluruh rumah dan pengurusan berpusat.
3. Klik
Apply (Guna)
.
NOTA
: Penghalan ini akan but semula bila anda menukar mod.